PinjamanKoperasi.net – Definisi pinjaman peribadi adalah pembiayaan untuk di mana tujuan penggunaan wang pinjaman tidak perlu didedahkan kepada pihak peminjam semasa permohonan. Dana daripada pinjaman peribadi boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti melancong, membayar perbelanjaan isi-rumah, membayar balik hutang, perbelanjaan semasa perayaan, bil perubatan, tujuan kecemasan seperti memperbaiki kenderaan atau rumah, kos pinjah rumah, bayar yuran pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan pakej pinjaman peribadi yang di tawarkan di Malaysia biasanya tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin.
Kadar faedah pinjaman peribadi biasanya lebih tinggi berbanding pinjaman spesifik seperti pinjaman kenderaan, perumahan atau perniagaan. Tidak seperti pinjaman rumah yang menggunakan kaedah reducing balance – pengiraan faedah pinjaman peribadi biasanya menggunakan kaedah kadar faedah tetap. Selain itu, pengiraan penjelasan hutang secara awal untuk pinjaman peribadi biasa mengikut kaedah jumlah digit yang mengenakan kebanyakan faedah pada permulaan pinjaman.
Sejak tahun 2013, tempoh maksima pembayaran balik pinjaman dihadkan kepada 10 tahun oleh Bank Negara Malaysia dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah Malaysia yang berada di tahap antara paling tinggi di Asia.
Pinjaman koperasi merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk anggota-anggota mereka yang bekerja sebagai penjawat awam. Hanya kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) layak meminjam. Operasi dan pentadbiran kemudahan kredit ini dikawal selia oleh Akta Koperasi 1993.
Pembayaran Balik Melalui Potongan Gaji
Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji secara automatik oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Kelayakan pinjaman bergantung kepada jumlah yang dapat ditolak daripada gaji peminjam tertakluk kepada syarat had potongan gaji maksima 60%. Had tersebut dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memastikan gaji bersih penjawat awam adalah sekurang-kurangnya 40% daripada gaji kasar. Tempoh pinjaman maksimum adalah 10 tahun (tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia). Had maksimum pinjaman kebanyakan koperasi adalah antara RM200,000 – RM250,000.
Pinjaman peribadi koperasi hanya untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun di mana pembayaran balik boleh dilakukan melalui potongan gaji oleh Biro Angkasa. Secara umum, kadar yang ditawarkan adalah lebih tinggi daripada pakej bank komersil untuk penjawar awam tetapi lebih rendah dari kadar pakej untuk pekerja swasta. Keunikan pinjaman peribadi koperasi adalah ia menerima pemohon yang telah disenarai-hitamkan oleh pihak bank kerana laporan kredit (CTOS dan CCRIS) tidak memuaskan. Nilai pinjaman adalah sangat tinggi iaitu sehingga RM250,000.
Kerajaan juga memberi lesen kepada syarikat swasta bukan bank untuk menawarkan kemudahan kredit. Aktiviti syarikat-syarikat pinjaman berlesen dipantau oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951. Terdapat hampir 3,000 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen di seluruh negara.
Had maksima kadar faedah yang dikenakan adalah 18% setahun atau 1.5% sebulan untuk pinjaman tanpa cagaran dan 12% setahun untuk pinjaman bercagar. Pasaran sasaran syarikat berlesen ini adalah golongan peminjam yang gagal memohon pinjaman bank atau koperasi. Oleh kerana risiko gagal kutip balik hutang pinjaman adalah tinggi, syarikat pinjaman berlesen biasanya menghadkan jumlah pinjaman kepada RM10,000 ke bawah.
Syarat Mudah Lulus
Berbanding dengan bank, pinjaman koperasi lebih mudah lulus kerana koperasi kurang mementingkan skor kredit peminjam. Pengutipan ansuran bulanan dilakukan secara automatik melalui potongan gaji, maka risiko gagal mengutip balik dana pinjaman adalah sangat rendah. Pemohon yang telah disenarai-hitam oleh bank kerana laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Sistem Kredit Tip-Off (CTOS) yang kurang memuaskan masih layak memohon pinjaman koperasi.
Tempoh Pinjaman Terlalu Lama
Sebelum tahun 2013, skim pinjaman koperasi mempunyai tempoh maksima yang sangat lama iaitu 25 tahun. Dengan tempoh yang lebih lama untuk membayar hutang, ansuran bulanan akan menjadi lebih rendah. Ini bermakna pemohon boleh meminjam jumlah yang lebih tinggi. Pada bulan Jun, 2013, dalam usaha untuk mengekang peningkatan hutang isi rumah, Bank Negara menghadkan semua pinjaman peribadi kepada tempoh maksimum 10 tahun.
Peraturan ini berjaya mengurangkan jumlah pinjaman yang diluluskan oleh koperasi dan ini menyebabkan koperasi-koperasi dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah keputusan Bank Negara tersebut. Menurut Cuepacs, had tempoh 10 tahun adalah terlalu singkat dan akan menyebabkan kakitangan kerajaan yang gagal dapat pinjaman meminjam daripada ah long. Mereka mencadangkan tempoh 10 tahun dilanjutkan kepada 15 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh pinjaman maksimum 10 tahun kekal sehingga hari ini. Layari laman web untuk lebih lanjut di https://www.pinjamankoperasi.net
Perhidmatan Kami: Untuk kakitangan Kerajaan Sahaja.
Pinjaman Koperasi
https://www.pinjamankoperasi.net/
Pinjaman RCE
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-koperasi-yayasan-rce/
Pinjaman Koperasi Kobeta
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-koperasi-kobeta/
Pinjaman MBSB
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-mbsb/
Pinjaman Koperasi Ukhwah
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-koperasi-ukhwah/
Pinjaman Bank Simpanan Nasional
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-bank-simpanan-nasional/
Pinjaman Bank Rakyat
https://www.pinjamankoperasi.net/pinjaman-bank-rakyat/
Semakan Kelayakan Pinjaman Koperasi
https://www.pinjamankoperasi.net/semak-kelayakan-pinjaman-koperasi/
Pinjaman Koperasi RCE Pinjaman Kobeta Pinjaman Koperasi Ukhwah
Pinjaman MBSB Pinjaman BSN Pinjaman Bank Rakyat
Related Topic:
Perlu Pinjaman Koperasi Peribadi Kerajaan Dengan Kredit Yang Buruk
pinjaman koperasi kerajaan is a post from Pinjaman Koperasi - Kemudahan Pinjaman Koperasi Dan Bank Bagi Kakitangan Kerajaan Di Malaysia